lagu untukmu

UPSI | KPM | SPP | GOOGLE |
Elegant Rose - Diagonal Resize 2

Wednesday, March 28, 2012

kelahiran Farda's Art Room...:-)


Assalamualaikum...haiii...sgt teruja utk mengalukan anda ke dalam page sy...Farda's Art Room...page ini ditubuhkan pada tahun lepas menjual pelbagai handmade craft spt keychain,bantal,pencil case,brooch,car signage n pelbagai lagi..alhamdulillah..rezeki dtg mencurah....meh jln2 at Farda's Art Room...enjoy shopping guys.....thank you Allah....^_^

Thursday, December 8, 2011

Menuntut posting....!

"mahasiswa ISMP tuntut hak posting!!! kami mahu jaminan dipostingkan. mahasiswa ISMP tuntut posting!!!"
begitulah aksara yang terpampang di dp fb sy dan lebih ribuan sahabat yang masih belum dipostingkan...mudah-mudahan ada rezeki kami dipercepatkan posting....dah lama menunggu bilakah nak posting,pelbagai rasa menyerabutkan fikiran..org kampung sy ckp 'serabut perut'.......alahai postingku syg!

perkhidmatan menaip n edit hasil penulisan


hai,assalamualaikum.......rasanya dah lama sy tak update blog ni...bila dh lama menyepi,tiba2 update dgn perkhidmatan ni kn,ehem....cari duit poket sambil mencurahkan minat dlm bidang penulisan, sambil2 menunggu posting yg belum2 berkunjung tiba...apa salahnya kn....ok,bagi sesiapa sahaja yg inginkn perkhidmatan ni tak kira sesiapa pun, insyaAllah, saya cuba membantu sebaik mungkin...antara perkhidmatannya : menaip assignment, edit assignment, menaip sinopsis novel, cerpen dan edit penulisan berbentuk sastera....harga boleh dirunding....^-^

Wednesday, October 27, 2010

coretan kehidupan semester akhir....

salam....apa khabar semua...sihat ye...dh lama rasa nye tak 'mencoret' dalam daerah blog ini...wah...terasa rindu pulak....lihat kepada gambar di atas,ha....itu lah sebahagian daripada kehidupan saya di tahun akhir di UPSI yang saya sayangi. ini merupakan tugasan final, studio lanjutan 2d, di bawah pensyarah prof. zulkifli yusof....tugasan membuat "piza" ini dijalan di studio kemudiannya dipindahkan ke Batikpark yang berhadapan dengan perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. tugasan ini sudah hampir selesai dan sudah hampir tiba pada peringkat finishing pula....sesungguhnya, tugasan di Batikpark amat mencabar fizikal dan mental kami di sini. namun begitu, kerana bimbingan, semangat dan nasihat yang ditiup pada diri kami oleh prof, tugasan ini dianggap cabaran terindah dalam proses menjadikan kami semua bakal guru yang tabah, kuat dan cekal hatinya. kerjasama, kejujuran dan keikhlasan dalam menghasilkan hasil karya ini amat-amat diperlukan, dan alhamdulillah....sampai di sini dulu, berjumpa lagi utk bicara akan datang.........:-)

Tuesday, October 27, 2009

sebuah sepi

sebuah sepi semakin hampir mengetuk sanubari..saat jiwa bernada luluh, entah kemana bahagia pergi..semakin menghilang,mula kabur, kabur dan......aku terpana, sejuk jasadku,terpaku diriku seolah tidak nampak jalan di hadapan lagi, ku cuba gagahkan jiwa mencari bahagia, namun....lukanya sebuah kesepian,amat menyakitkan....padaMu tuhan, ingin aku curahkan segala duka ini, curahkan segala rasa ini...sebuah sepi,moga pergi jauh tak usah kembali lagi padaku, ku impi bahagia, ku impi damai...

Sunday, October 25, 2009

Wednesday, October 21, 2009

(((Bakal Guru)))

Bakal Guru..

Saat zaman mengorak maju

Engkau membawa cetusan khalimah ilmu..

Di saat mereka mensendakan usahamu..

engkau terus bangkit memperjuangkan nilai ilmu

Saat ini mereka masih kabur menilai impaknya

Walau engkau tidak minta dibalas..

Kejayaan bangsamu bisa membuat engkau bersujud syukur, bertasbih bahagia..

Bakal Guru..

usah gusar berpaut di pohonan ilmu

Lihat di suatu sudut…itu anak muridmu sedang menanti ilmu dari mu

Jika engkau menoleh ke belakang…ya,kegusaran,kelemahan,ejekan yang kau lihat

Nah,cuba engkau lihat ke depan…lihat di sana anak didikmu berjaya..

Pasti engkau tidak akan pernah gentar memegang tombak dedikasi…

Biar mereka mengata asal kita ikhlas mencorak warna indah sebuah kehidupan…

Walau tidak terkesan dek mata kasar, namun jiwa yang murni bisa melihat utuhnya semangat kita..